Penyata Cookies
Halaman Utama >Penyata Cookies
Danone Specialized Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd PENYATA COOKIE (DoCare Malaysia)
SIAPA KAMI? Danone Specialized Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd mengendalikan laman web ini di wilayah anda. Apabila kami menyebut “Danone”, “kami”, “milik kami” atau “kita”, inilah pihak yang dimaksudkan.
Di Danone, kami ingin bersikap terbuka dan telus tentang cara kami menggunakan cookie supaya anda boleh membuat pilihan yang bijak mengenai maklumat yang anda kongsi dengan kami. Penyata cookie ini menerangkan bagaimana kami dan pihak ketiga tertentu (yang dilantik oleh Danone) menggunakan cookie dan teknologi serupa di laman web ini, serta cara untuk mengurus pilihan anda berkaitan maklumat yang anda kongsi dengan kami.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen lanjut, sila hubungi kami melalui halaman hubungan https://docare.com.my/hubungi-kami/
APAKAH COOKIE DAN TEKNOLOGI PENJEJAKAN LAIN YANG KAMI GUNAKAN DI LAMAN WEB INI?
Kami menggunakan cookie dan teknologi penjejakan lain untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web ini.
Cookie
“Cookie” ialah fail teks kecil daripada laman web yang disimpan pada komputer, telefon mudah alih, atau peranti lain anda. Cookie biasanya mengandungi maklumat yang dikaitkan dengan pelayar web anda, seperti keutamaan laman web, maklumat log masuk, atau ID pengguna.
Teknologi penjejakan lain
Selain cookie, kami menggunakan teknologi lain seperti web beacon/GIF, piksel, tag halaman dan skrip terbenam untuk tujuan tertentu. Teknologi ini boleh membantu merekod bagaimana pelawat berinteraksi dengan laman web. Ia sering digunakan bersama cookie pelayar web atau pengecam lain yang dikaitkan dengan peranti pelawat.
Untuk memudahkan, dalam penyata cookie ini, istilah “cookie” merujuk secara kolektif kepada kedua-dua cookie dan teknologi penjejakan lain yang diterangkan di atas.
JENIS-JENIS COOKIE YANG KAMI GUNAKAN DAN TUJUANNYA
Cookie mempunyai tujuan dan fungsi yang berbeza, dan cookie di laman web ini boleh diklasifikasikan seperti berikut: cookie yang diperlukan (untuk operasi laman web), cookie analitik dan prestasi, cookie fungsi dan personalisasi, cookie pengiklanan dan penargetan, serta cookie media sosial dan perkongsian kandungan. Maklumat lanjut mengenai tujuan cookie dan senarai cookie yang digunakan di laman web ini tersedia di bawah.
Cookie yang diperlukan
Cookie ini diperlukan untuk laman web berfungsi dengan baik. Contohnya, kami mungkin menggunakan cookie yang diperlukan untuk log masuk, mengisi borang atau mengaktifkan ciri dan fungsi lain laman web. Kami juga menggunakan cookie yang diperlukan untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan perkhidmatan kami. Oleh kerana cookie ini penting untuk keselamatan dan fungsi perkhidmatan kami, ia tidak boleh dimatikan melalui alat persetujuan cookie kami.
Jika cookie ini disekat, ia mungkin menjejaskan penggunaan laman web anda.
Senarai cookie yang diperlukan
Cookie analitik dan prestasi
Kami menggunakan cookie analitik untuk memahami dengan lebih baik bagaimana pelawat menggunakan laman web kami, supaya kami dapat meningkatkan produk dan perkhidmatan kami. Contohnya, ia membantu kami melihat halaman mana yang dilawati, berapa lama pengguna berada di laman web, dan sama ada terdapat isu teknikal. Maklumat ini memastikan laman web berfungsi dengan baik dan menawarkan pengalaman terbaik.
Kami juga mungkin menggunakan cookie ini untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran atau untuk memahami sama ada lawatan anda berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda gunakan atau beli.
Senarai cookie analitik dan prestasi
Cookie fungsi dan personalisasi
Cookie ini biasanya digunakan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik di laman web kami. Ia membolehkan kami mengenali komputer anda apabila melawat laman web kami tanpa perlu meminta anda mendaftar atau log masuk, atau untuk mengingati keutamaan yang ditetapkan semasa melawat laman web, seperti pilihan bahasa atau nama pengguna.
Senarai cookie fungsi dan personalisasi
Cookie pengiklanan dan penargetan
Cookie ini diletakkan di laman web kami oleh pihak ketiga bagi pihak kami untuk memaparkan kandungan yang lebih relevan dengan minat anda. Ia membolehkan kami dan rakan kongsi kami menghasilkan iklan yang diperibadikan di laman web lain, termasuk di laman web jenama Danone lain, berdasarkan maklumat tentang anda seperti paparan halaman anda di laman web kami.
Ia juga boleh digunakan untuk mengehadkan bilangan kali pengguna melihat iklan serta membantu mengukur keberkesanan kempen iklan.
Senarai cookie pengiklanan dan penargetan
PILIHAN ANDA
Kami menyimpan pilihan anda selama 6 bulan tetapi anda masih boleh mengehadkan atau menyekat cookie tertentu atau memadamkan cookie yang telah diletakkan pada peranti anda. Jika anda berbuat demikian, kami mungkin menganggap anda tidak pernah melawat kami sebelum ini dan akan memaparkan Penyata Cookie sekali lagi serta meminta persetujuan anda untuk meletakkan cookie.
Laman web kami mempunyai modul pengurusan cookie untuk membantu anda mengurus cookie tertentu. Alat ini terletak pada pautan Tetapan Cookie atau boleh diakses dengan klik di sini Penyata Cookie Tetapan Pilihan Saya. Untuk memadamkan cookie pihak ketiga tertentu, sila gunakan pautan berikut (klik pautan akan membuka tetingkap baru, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web luaran):
- Oath (Yahoo): https://www.verizonmedia.com/policies/us/en/verizonmedia/privacy/topics/cookies/index.html
- Pinterest: https://policy.pinterest.com/en/cookies
- Criteo: https://www.criteo.com/
- TagCommander/Commanders Act: https://community.commandersact.com/platform/knowledge-base/cookies
(Nota : senarai di atas hanya cadangan untuk pautan yang biasa digunakan oleh pengguna web di serata dunia. Sila rujuk kepada perkhidmatan yang biasa digunakan untuk maklumat selanjutnya)
Anda juga boleh mengehadkan atau menyekat cookie dengan menukar tetapan pelayar anda. Setiap pelayar dikonfigurasikan secara berbeza. Untuk mematikan cookie melalui tetapan pelayar, anda perlu mengikuti arahan yang diberikan oleh penerbit pelayar anda. Sehingga tarikh Penyata Cookie ini, arahan ini tersedia untuk pelayar yang biasa digunakan melalui pautan berikut (klik pautan akan membuka tetingkap baru, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web luaran):
Jika anda menggunakan Microsoft Edge:
https://privacy.microsoft.com/en-us/windows-10-microsoft-edge-and-privacy
Jika anda menggunakan Safari:
https://support.apple.com/kb/ph21447?locale=en_US
Jika anda menggunakan Firefox:
https://support.mozilla.org/en-US/kb/enable-and-disable-cookies-website-preferences
Jika anda menggunakan Chrome:
https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&hlrm=en
Jika anda menggunakan peranti yang berbeza, pastikan anda mengkonfigurasi tetapan pelayar yang bersesuaian mengikut keutamaan anda. Peranti mudah alih anda mungkin menyediakan tetapan yang membolehkan anda memilih untuk tidak menggunakan maklumat tentang penggunaan iklan mudah alih untuk tujuan pengiklanan berasaskan minat. Pada peranti iOS anda, ini dipanggil “Limit Ad Tracking,” dan pada peranti Android, ia dipanggil “Opt-out of Ads Personalization” atau “Opt-out of interest-based ads”.
PERUBAHAN KEPADA PENYATA COOKIE INI
Kami mungkin mengubah Penyata Cookie ini dari semasa ke semasa. Jika sebarang perubahan melibatkan perubahan asas yang memerlukan kami maklumkan secara bertulis kepada anda, atau meminta kebenaran anda atau jika perubahan itu penting kepada anda atas sebab-sebab yang lain, kami akan memastikan maklumat tersebut tersedia kepada anda sebelum perubahan berkuat kuasa.